Pada suatu masa
ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah
bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada
yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain,
"Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya
lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya,
"Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari
Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya
sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya
Muwaffaq."
Ketika Abdullah
bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya,
dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu
sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah
seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu,
"Muwaffaq."
Lalu abdullah bin
Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga
mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq,
"Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi
mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan
menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula
hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin
makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku
kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku,
"Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga
hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka.
Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong
sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan
haram untuk makanan kamu."
Ketika aku
mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus
dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang
itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya
hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah
cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan
amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada
ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan
akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah,
"Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu
bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku
telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah,
"Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka
engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau
sebenarnya jahat."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar